Taklimat Pengasuhan Digital 2

5 Mac 2026 | Aktiviti Terkini

Pada 4 Mac 2026 yang lalu, pihak SSO telah mengadakan taklimat pengasuhan digital 2 dibawah NADI Safe & shield. Taklimat pengasuhan digital ini penting bagi memberi pendedahan kepada ibu bapa dan penjaga tentang kepentingan mengawasi penggunaan teknologi dalam kalangan kanak-kanak. Program ini bertujun meningkatkan kesedaran mengenai risiko dunia digital seperti penyalahgunaan media social, keselamatan dalam talian serta pendedahan kepada kandungan yang tidak sesuai. Melalui taklimat ini, para peserta turut diberikan panduan tentang cara mengawal masa penggunaan gajet, memantau aktiviti anak-anak di internet dan membimbing mereka menggunakan teknologi secara bijak dan berhemah. Diharapkan ilmu yang diperoleh dapat membantu ibu bapa memainkan peranan yang lebih berkesan dalam membentuk generasi celik digital yang selamat dan bertanggungjawab.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali